Pray For MH370

Assalamualaikum

Walau dimana mereka berada.... Allah mengetahuinya
Mengapa belum ada petunjuk dimana keberadaan mereka ?
Kerana Allah belum menetapkan ia untuk ditemui dan semua ini berlaku berhikmah

Mungkin Allah merindui doa-doa hambaNya dimuka bumi ini.
Bagi yang diuji, Allah tahu bahawa mereka yang diuji ini mampu menerima ujian daripada Allah
Malahan saat hamba Allah diuji, keimanan seseorang juga turut diuji. 
Sejauh manakah penerimaan mereka atas takdir serta kehendak Allah

Sehebat manapun teknologi yang ada didunia ini, hebat lagi kuasa Allah SWT
Tiada satu pun kuasa yang mampu menandingi. 
Hidup jangan terlalu riak serta bongkak kerana Allah memurkai perkara tersebut.
Teruskan berdoa agar Allah memberi jalan pada kita untuk menemui pesawat MH370
Muncullah, dunia menunggumu

Ya Allah
Jika ianya ada dilangit
TURUNKANLAH
Jika ianya dilaut
TIMBULKANLAH
Jika ianya didarat
TUNJUKANLAH

Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa diatas muka bumi ini
Bantulah hamba-hamba Mu dibuka bumi ini 
Amin Ya Rabbal Alamin



Terima kasih kerana sudi membaca

Selangkah ke hadapan

Assalamualaikum

Mati tidak mengenal usiamu
Mati tidak mengenal pangkatmu
Mati tidak mengenal dimana dirimu
Mati tidak mengenal siapa dirimu
Mati tidak mengenal apa niatmu

Kerana.....

Selangkah kaki kita ke hadapan adalah menghampiri kematian
Sedarkah kamu akan kenyataan itu ?
Kematian tidak akan diketahui bila dan dimana dan kerana apa
Yang pasti, kematian itu adalah pasti
Setiap manusia yang hidup dimuka bumi Allah ini pastinya akan mati.
Itulah janji Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa.
Dia yang menghidup kita dimuka bumi ini, dan Dia jugalah yang mematikan kita.

Dunia adalah persinggahan sebelum sampai ke akhirat
Didunia laa kita perlu mencari bekalan akhirat
Mati juga tidak akan cepat atau lamabat walaupun sesaat
Justeru, kita haruslah mempersiapkan diri kita sebelum malaikat Izrail datang menjemput kita



Terima kasih kerana sudi membaca

Jodoh

Assalamualaikum 

Secara ringkasnya maksud jodoh itu ialah lelaki atau perempuan yang sah menjadi pasangan hidup kita melalui ikatan perkahwinan yang halal. Apa yang saya ketahui dan dengari, jodoh itu terbahagi kepada 3 iaitu .....

Pertama, JODOH DARI SYAITAN ....
Jodoh dari syaitan bermula daripada  lelaki dan perempuan, Mereka mula megenali antara satu sama lain. Kemudian, menjalinkan hubungan cinta. Setelah mereka sering bertemu ditempat yang sunyi dalam keadaan berdua-duaan. Maka berlakulah penzinaan antara mereke berdua sehingga mengakibatkan si perempuan menghamilkan anak luar nikah. Setelah itu, barulah si lelaki menikahi si perempuan.

Kedua, JODOH DARI JIN
Lelaki dan perempuan saling mengenali antara satu sama. Si lelaki menyukai serta menyintai si perempuan, tetapi malangnya perempuan tersebut tidak mempunyai apa-apa perasaan padanya. Lalu, lelaki tersebut telah menggunakan kaedah ilmu khurafat dengan menyihir perempuan tersebut agar menyukai lelaki tersebut. Jin digunakan untuk menjadi perantaraan amalan ini. Akhirnya wanita tersebut menyintai lelaki tersebut dan mereka bernikah.

Ketiga, JODOH DARI ALLAH
Lelaki dan perempuan tersebut bertentang mata, kemudian turunnya ke hati dan terbit suatu perasaan. Mereka menyukai antara satu sama lain. Tanpa melengahkan masa, lelaki tersebut meminang perempuan itu untuk dijadikan isteri.



Terima kasih kerana sudi membaca

Mimo I Love You !

Assalamualaikum

Hari ni sangat happy sebab dapat kawan baru. Besar pulak tuh. Tak sangkaaaaaaa !
Warna purple. Yeahh ! My favourite colour for this year. Hari tu memain je nak benda tuh ehh ehh last last dapat jugak. Alhamdulillah. Waktu jumpa orang tu dia ajak kita pergi dekat kereta dia and bila dia bukak pintu kereta Diela just cakap "Mak datokk ! Besar yang amat. Malu laaa macam ni" Time tu dah terfikir macam mana Diela nak bawak balik ni ? Suddenly dia volunteer nak hantar balik. Huhhhh selamat eden. Tak der laa nak kena pikul binatang besar ni. Hehehe ^^

Mimo tu apa ? Haaa ini dia Mimo kawan sayaaaaaaaaa


Omeyyyyy sangat ! Berat si Mimo ni but Diela sukaaaa. Btw this birthday present yang dah sebulan lepas from my father's and mother's future daughter's in law. InsyAllah Awwwwww ! Me so love you Kak Wani.
Again.....

THANK YOU SO MUCH !

Terima kasih kerana sudi membaca

Jika Aku Jatuh Cinta

Bismillahirahmanirahim

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada kamu-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati pada seseorang yang hatinya tertaut padaMu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana
Jika aku jatuh cinta. 
Jagalah hatiku kepadanya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu. 
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu.

Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasihMu
Janganlah biarkan kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta pada kekasihMu
Janganlah Engkau biarkan aku tertatih dan jatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah
Jika kau halalkan aku untuk merindui kekasihMu. 
Janganlah Engkau biarkan iannya melampui batas.
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu.

Amin Ya Rabbal Alamin

Terima kasih kerana sudi membaca

Adakah dia ?


Assalamualaikum

Dimulakan Bismillahirahmanirahim......

Ya Allah Ya Ghafur
Engkau Maha Pengampun
Ampunilah hambaMu ini yang mencintai salah satu daripada umat-Mu
Ampunilah hambaMu yang lemah ini
Semakin aku mencuba untuk menghindari gejolak ini
Semakin bayanganya menari-nari di kelopak mata ku

Ya Rabbana
Engkau yang menyisipkan rasa itu dalam hati ku
Direlung fikiranku
Sehingga aku merasa rasa yang menganggu ini
Bantu hambaMu ini

Ya Rabb 
Bantu hambaMu ini untuk menghilangkan rasa ini
Jika Engkau takdirkan dia bukan untukku
Pertemukan dia dengan seseorang yang mencintaimu yang ia cintai

Namun Ya Allah,
Jika engaku takdirkan dia untukku
Dekatkan kami , satukanlah hatiku dengan hatinya.
Pertemukanlah kami dalam ikatan suci
Ikatan yang halal
Ikatan yang engaku redhai

Tuntun kami selalu dalam  langkah kebenaran
Sesungguhnya cintaMu lah tujuan kami
SyurgaMu harapanku

Terima kasih kerana sudi membaca

Rindu ?

Assalamualaikum

Bukan senang nak lupakan kenangan yang bertahun-tahun diciptakan sama-sama kan ?  Itulah yang terpaksa Diela hadap sekarang. Kadang-kadang marah, sedih , rindu tu yang sebati bila digaul-gaulkan dalam satu hati :') Bertahun lama kita kenal, gelak sesama, menangis sesama tapi saat ni kau pergi hanya sebab benda kecik. Besar sangatkah salah Diela ? Kenapa ? Explain to me ! Ya Allah, Diela rindu pada dia. Kenapa kau duga kami sebegini rupa ? :'(

Jujur Diela cakap, Diela paksa hati untuk wujudkan rasa ego setiap kali mata Diela terpandang dia. Mulut dia mungkin cakap Diela marah tapi jauh dihati Diela...... Allah je yang tahu. Diela cuba untuk ignore dia and buat macam mana dia  buat dekat Diela. Mula mula mungkin Diela rasa Diela mampu tapi lama kelamaan..... Diela mula rasa rindu. Depan orang Diela tak cakap Diela rindu. Tak tahu kenapa Diela cuba menafikan apa yang Diela rasa. Diela try buang rasa tu jauh jauh tapi dia makin dekat dengan Diela. Sampailah satu saat ini kerap mimpi dia. Apa petandanya ? Rindu sangatkah Diela pada dia ?

Ada orang kata bergunakan rindu ni pada dia ? Adakah dia pun akan buat perkara yang sama ? Kita tak tahu hati orang, kita tak boleh nak cakap sebarangan. Mungkin betul dia tak rindukan Diela. Langsung okeyy ! Diela tak tahu kenapa saat mimpi tu Diela rasa bahagia sangat. Sampaikan Diela tersentak dari tidur dan terus menangis. Ya Allah, alangkah bagusnya kalau mimpi tu suatu kenyataan. Dan berlaku di alam realiti. Bagus jugak kalau sekarang kita still lagi macam dulu. Sakit hati memang ada tapi rasa rindu mengatasi semuanya........

Sebenarnya rasa sakit hilang seorang kawan tu lebih perit daripada hilang kekasih. Sedih dia terlalu tersangat laaaaa. Setiap kali hang, Diela akan ingat mana tempat kita pernah pergi. Apa kita buat setiap kali hang. Apa yang kita akan makan. Ya Allah !!!!!!!! Terlalu perit semua ini. Kenapa kau takdirkan macam ni ? Apa salah Diela dimata dia ? Tak ada ke rasa rindu dia pada Diela walaupun sekelumit ?

Ya Allah andai ini takdirnya, aku redha. Tapi aku tahu, kau Maha Menyayangi. Jika masih ada ruang buat kami bersama, aku mohon jadikanlah kami seperti dahulu. Amin.
Terima kasih kerana sudi membaca