Rindu ?

Assalamualaikum

Bukan senang nak lupakan kenangan yang bertahun-tahun diciptakan sama-sama kan ?  Itulah yang terpaksa Diela hadap sekarang. Kadang-kadang marah, sedih , rindu tu yang sebati bila digaul-gaulkan dalam satu hati :') Bertahun lama kita kenal, gelak sesama, menangis sesama tapi saat ni kau pergi hanya sebab benda kecik. Besar sangatkah salah Diela ? Kenapa ? Explain to me ! Ya Allah, Diela rindu pada dia. Kenapa kau duga kami sebegini rupa ? :'(

Jujur Diela cakap, Diela paksa hati untuk wujudkan rasa ego setiap kali mata Diela terpandang dia. Mulut dia mungkin cakap Diela marah tapi jauh dihati Diela...... Allah je yang tahu. Diela cuba untuk ignore dia and buat macam mana dia  buat dekat Diela. Mula mula mungkin Diela rasa Diela mampu tapi lama kelamaan..... Diela mula rasa rindu. Depan orang Diela tak cakap Diela rindu. Tak tahu kenapa Diela cuba menafikan apa yang Diela rasa. Diela try buang rasa tu jauh jauh tapi dia makin dekat dengan Diela. Sampailah satu saat ini kerap mimpi dia. Apa petandanya ? Rindu sangatkah Diela pada dia ?

Ada orang kata bergunakan rindu ni pada dia ? Adakah dia pun akan buat perkara yang sama ? Kita tak tahu hati orang, kita tak boleh nak cakap sebarangan. Mungkin betul dia tak rindukan Diela. Langsung okeyy ! Diela tak tahu kenapa saat mimpi tu Diela rasa bahagia sangat. Sampaikan Diela tersentak dari tidur dan terus menangis. Ya Allah, alangkah bagusnya kalau mimpi tu suatu kenyataan. Dan berlaku di alam realiti. Bagus jugak kalau sekarang kita still lagi macam dulu. Sakit hati memang ada tapi rasa rindu mengatasi semuanya........

Sebenarnya rasa sakit hilang seorang kawan tu lebih perit daripada hilang kekasih. Sedih dia terlalu tersangat laaaaa. Setiap kali hang, Diela akan ingat mana tempat kita pernah pergi. Apa kita buat setiap kali hang. Apa yang kita akan makan. Ya Allah !!!!!!!! Terlalu perit semua ini. Kenapa kau takdirkan macam ni ? Apa salah Diela dimata dia ? Tak ada ke rasa rindu dia pada Diela walaupun sekelumit ?

Ya Allah andai ini takdirnya, aku redha. Tapi aku tahu, kau Maha Menyayangi. Jika masih ada ruang buat kami bersama, aku mohon jadikanlah kami seperti dahulu. Amin.
Terima kasih kerana sudi membaca