Rasa

Assalamualaikum

Allah Maha Adil kan ? Dia anugerahkan kita dengan pelbagai rasa dan perasaan. Ada masa kita sedih kecewa. Ada masa jugak kita gembira, bahagia dan lain lain. Cuba bayangkan kalau sepanjang hidup kita, kita tak pernah rasa happy. Hiashhhh, mesti bosan.  Sebab tu ada masa kita sedih and ada masa kita kecewa.

Allah tak kejam. Dia takkan biarkan kita sedih terus-terusan. Dalam pada kita sedih nanti mesti ada yang bahagia. Percayalah ! Bila sedih kita akan tertanya-tanya kenapa ? Berpegang pada satu benda ni je sudah mencukupi, tanamkan dalam diri. Bila kita sedih ingat, "Mungkin Allah ingin menguji aku" that's all. Ini memang betul. Allah duga kita sebab nak tahu sama ada kuat atau tidak iman kita nak menempuhnya.Bila kita sedih jugak sebenarnya cara untuk Allah dekatkan kita dengan Dia. Allah suruh kita mohon pertolongan dari-Nya.

Bila dah sedih, Insyallah dengan berkat kesabaran kita Allah akan hadiahkan kita dengan kegembiraan. Tapi ingat, bila gembira jangan sampai terlupa pada-Nya. Ingat yang Dia dah hadiahkan kita kegembiraan setelah kesedihan. Dan jangan terlalu gembira, takut nanti dalam gembira kita bakal menghampiri kesedihan. Walau apa pun, apa yang jadi pada kita, kita kena terima dengan hati yang redha. Dengan redha hati kita akan ikhlas. Kita akan ikhlas dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan. Bila kita redha jugak, Allah akan sayang kita :)
Terima kasih kerana sudi membaca