Pray For MH370

Assalamualaikum

Walau dimana mereka berada.... Allah mengetahuinya
Mengapa belum ada petunjuk dimana keberadaan mereka ?
Kerana Allah belum menetapkan ia untuk ditemui dan semua ini berlaku berhikmah

Mungkin Allah merindui doa-doa hambaNya dimuka bumi ini.
Bagi yang diuji, Allah tahu bahawa mereka yang diuji ini mampu menerima ujian daripada Allah
Malahan saat hamba Allah diuji, keimanan seseorang juga turut diuji. 
Sejauh manakah penerimaan mereka atas takdir serta kehendak Allah

Sehebat manapun teknologi yang ada didunia ini, hebat lagi kuasa Allah SWT
Tiada satu pun kuasa yang mampu menandingi. 
Hidup jangan terlalu riak serta bongkak kerana Allah memurkai perkara tersebut.
Teruskan berdoa agar Allah memberi jalan pada kita untuk menemui pesawat MH370
Muncullah, dunia menunggumu

Ya Allah
Jika ianya ada dilangit
TURUNKANLAH
Jika ianya dilaut
TIMBULKANLAH
Jika ianya didarat
TUNJUKANLAH

Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa diatas muka bumi ini
Bantulah hamba-hamba Mu dibuka bumi ini 
Amin Ya Rabbal Alamin



Terima kasih kerana sudi membaca