Jodoh

Assalamualaikum 

Secara ringkasnya maksud jodoh itu ialah lelaki atau perempuan yang sah menjadi pasangan hidup kita melalui ikatan perkahwinan yang halal. Apa yang saya ketahui dan dengari, jodoh itu terbahagi kepada 3 iaitu .....

Pertama, JODOH DARI SYAITAN ....
Jodoh dari syaitan bermula daripada  lelaki dan perempuan, Mereka mula megenali antara satu sama lain. Kemudian, menjalinkan hubungan cinta. Setelah mereka sering bertemu ditempat yang sunyi dalam keadaan berdua-duaan. Maka berlakulah penzinaan antara mereke berdua sehingga mengakibatkan si perempuan menghamilkan anak luar nikah. Setelah itu, barulah si lelaki menikahi si perempuan.

Kedua, JODOH DARI JIN
Lelaki dan perempuan saling mengenali antara satu sama. Si lelaki menyukai serta menyintai si perempuan, tetapi malangnya perempuan tersebut tidak mempunyai apa-apa perasaan padanya. Lalu, lelaki tersebut telah menggunakan kaedah ilmu khurafat dengan menyihir perempuan tersebut agar menyukai lelaki tersebut. Jin digunakan untuk menjadi perantaraan amalan ini. Akhirnya wanita tersebut menyintai lelaki tersebut dan mereka bernikah.

Ketiga, JODOH DARI ALLAH
Lelaki dan perempuan tersebut bertentang mata, kemudian turunnya ke hati dan terbit suatu perasaan. Mereka menyukai antara satu sama lain. Tanpa melengahkan masa, lelaki tersebut meminang perempuan itu untuk dijadikan isteri.



Terima kasih kerana sudi membaca