Ini semua kerja Allah

Assalamualaikum

Menyayangi dan mencintai seseorang itu merupakan anugerah kurniaan Allah. Dia yang meuwujudkan rasa itu didalam hati kita. Tidak mampu menolak rasa yang hadir kerana ini semua takdir yang dah ditentukan oleh Allah. Dia yang mengaturkan segala-galanya.

Namun apabila kita makin lama menyayangi dan mencintai seseorang, kita pasti akan diduga oleh Allah SWT. Tak selamanya kita akan bahagia. Walaubagaimanapun, Allah tak akan biarkan kita terus-terusan bersedih dan berada dalam kedukaaan.

Tapi ingat ! Jika Allah mampu mewujudkannya, Allah juga mampu melenyapkannya. Mungkin saat itu akan ada satu hati hati yang akan kecewa. Itu kerana salah satu daripada mereka telah meletakkan kata putus kerana rasa yang Allah wujudkan pada suatu ketika dahulu telah pun dilenyapkan kembali.

Jangan terlalu bersedih ~
Dekatkanlah diri dengan Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya walaupun sedetik. Percayalah setiap yang berlaku ada hikamhnya. Dan kita jangan terlalu menyalahkan takdir. Jika bukan dia, Insyallah akan ada yang lebih baik untuk kita :)


Terima kasih kerana sudi membaca