HambaMu Yang Tidak Sempurna

Assalamualaikum

Dia Maha Adil
Dia Maha Melihat
Dia Maha Mengetahui
Dia Maha Pengampun
Dia Maha Mendengar
Dan dia Maha segala-galanya di bumi ini.

Ya Allah
Ampunilah dosa hambaMu ini Ya Allah.
Jauhkanlah diriku dari malapetakaMu.
Aku hanya hambaMu yang sering melakukan kesalahan dan aku sering alpa terhadap tuntutanMu Ya Allah.
Ya Allah, aku hanya hambaMu yang tidak sempurna.
Berikanlah perjalanan hidupku yang diredai olehMu.
Dekatkanlah diri aku padaMu Ya Allah.
Utuhkan imanku
Berikanlah kesabaran dengan dugaan yang diberikan olehMu.
Cekalkan hatiku ini Ya Allah.
Ya Allah, aku tahu setiap yang kau turunkan pada diriku adalah untuk membimbing diriku.
Dan untuk dijadikan pengajaran dalam hidupku.
Terima kasih kerana sudi membaca