Cinta

Assalamualaikum

Cinta ? 
Apa maksud cinta tuh yang sebenarnya ? 
Ada orang kata cinta tuh kebahagian, keseronokan kegembiraan, 
kesedihan, pergaduhan,perkongsian dan lain-lain lagi.
Cinta boleh didefinisikan sebagai......

  • Cinta bererti jika kita benar-benar mencintai seseorang kita tidak akan pernah berhenti memikirkan tentang mereka walaupun sesaat dan merasakan dialah segalanya.
  • Cinta adalah perasaan yang tak dapat dilihat dan di jelaskan tapi boleh dirasai dan jika kita benar benar menyintainya, kita sanggup mati untuk mereka 
  •   Cinta adalah segalanya.cinta hadir tanpa diundang..keikhlasan rasa cinta membangkitkan seribu kekuatan dalam jiwa dan diri kita. kerana cinta itu memberi sejuta rasa, tidak keterlaluan jika aku katakan cinta itu anugerah yang tidak terhingga.... 
  • Cinta membuatkan kita merasa bahagia dan selesa bila bersamanya dan  kita boleh menjadi diri kita sendiri, tak perlu make up,tidak perlu pakaian mewah semasa dengannya dan dia sentiasa merasakan kita adalah satu satunya insan yang dia sayangi. 
  • Cinta adalah menyintai, pengorbanan, kesetiaan, persefahaman,,saling perlu memerlukan dan sentiasa mengambil tahu
  • Cinta adalah mengambil berat tentang orang lain. Iaitu sentiasa menerima seadanya seseorang itu walau apa jua keadaan nya bukan kerana kelebihannya sahaja.
  • Cinta adalah perkongsian suka dan duka. Dia atau kita akan sentiasa ada di sisi dalam apa jua keadaan
  •  Cinta adalah persahabatan dan keluargaan
  • Cinta adalah dugaan paling besar tapi manis akhirnya, terpulanglah pada kita bagaimana kita menghadapinya
  • Cinta boleh membuatkan kita mengalirkan air mata.
  • Cinta mampu merubah memberikan kebahagiaan dalam hidup kita
  • Cinta merupakan pencetus corak kebahagiaan dalam hati kita... bila hati dah cinta segalanya menjadi  indah...semakin indah.... terus indah....


Confirm dekat luar sana ramai yang tengah bercinta dan nak bercinta sekarang ni kan. Admit, aku pun bercinta jugak. Tak kira laa dari yang kecik sampai laa yang dah tua. 
Itu lumrah hidup. Perasaan tuh hadir dengan sendirinya. 
Kita tak paksa dan tak mintak tapi rasa tuh wujud dengan sendiri. 
Tapi bila dah bercinta itu bukannya kuota untuk kita nak buat pasangan kita tuh macam suami/isteri. 
Selagi tiada ikatan yang sah, batas pergaulan tuh mesti ada. 
Jangan pakai redah je takut kita yang bakal terngadah nanti. 

Hmm, bila bercinta mesti ada masa kita bahagia, ada masa kita sedih  ada masa kita gaduh.
 Kalau memanjang sweet je pun tak syok jugakk. Nanti tak ada laa sesi pujuk memujuk. 
Bila ada waktu-waktu macam ni, kita akan jadikan ianya kenangan dan pengajaran. Setiap pasangan bercinta ni lain cara mereka kan. Ada yang cenggini, ada yang cenggitu. 
Terpulang, ikut keselesaan masing-masing.

Dah syok bercinta jangan pulak lupa pelajaran, masa depan, mak ayah dan paling penting jangan lupa dengan Allah dan Rasulullah. Sehebat mana pun cinta kita terhadap pasangan kita. 
Hebat lagi cinta Allah SWT . Dia pencipta kita.
 Dia jugak lahh yang wujudkan rasa kasih sayang dan cinta dalam diri kita. 

Sesetengah orang berpendapat cinta itu kejam !
 Opss, cinta tak kejam. Tapi kita manusia ni yang membuatkan cinta tuh jadi kejam. 
Dalam perhubungan kita perlu ada kejujuran , keikhalasan dan kepercayaan. 
Tapi ingat jangan terlalu percaya. Kita wajib simpan sedikit keraguan terhadap pasangan kita. 
Kalau dah kantoi tak ada laa makan diri. 
Nanti tak ada laa masuk paper cerita bunuh diri gara-gara cinta ditolak. 
Haaa straight to the point aku cakap, mangkuk cenggini memang bodoh.  
Sayang macam mana pun kita dekat pasangan tuh jangan laa sampai bunuh diri. 
Kalau betul sayang, biarkan dia bahagia. Insyallah, akan ada yang lebih baik untuk kita. Allah tuh Maha Adil. Hari ni mungkin dia ambil apa yang kita sayang, esok lusa Allah akan ganti balik 

Kita perlu ingat, jodoh pertemuan ajal maut semuanya ditangan Allah. 
Kita mampu merancang je, tapi Allah yang menentukan. Kalau kita bercinta beribu tahun sekali pun, kalau dah termaktub si gadis/teruna tuh bukan jodoh kita, takkan jugak jadi pasangan hidup kita.
 
Larilah hingga ke hujung dunia. Berenanglah hingga ke dasar lautan. Terbanglah hingga langit ketujuh.  Kalau dah jodoh tetap berstua jua. Nampak tak ? 
Kita mungkin benci dan nak lari dari seseorang. Tapi kalau jodoh tak kemana kan.

Okeyy laa, cukup takat ni saya membebel. 
Kekeringan idea sudah  !


Terima kasih kerana sudi membaca