Kehebatan Cinta


Cinta 
merupakan ungkapan yang sering kali meniti dibibir terutamanya di kalangan remaja. dari mana datangnya cinta, dari mata, turun ke hati. Cinta datang tanpa diduga. Bagi yang mabuk dilanda cinta, bakawali yang pahit pun terasa gula kerana keseronokkan dibuai perasaan, apatah lagi jika cinta pandang pertama.
Sehebat itukah cinta ?

Alangkah indahnya jika cinta tersebut berakhir ke jinjang pelamin. Tetapi bagaimana pula sekiranaya ditakdirkan terputus di tengah jalan ? Bagi yang beriman segala-galanya dihadapi dengan tenang dan menganggapnya dugaan daripasa Allah. Namun bagi yang terlalu mengikut mainan perasaan, ada yang sanggup melakukan apa sahaja demi cinta. Hinggakan ada yang sanggup membunuh diri dan ada pula yang sanggup berbunuhan dek kerana api cemburu menguasai diri.

Ajaran Islam menekankkan konsep cinta dan kasih sayang tanpa menentukan pada hari-hari tertentu seperti Hari Valentine, bahkan sentiasa dituntut supaya mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan. Selagi jantung berdenyut, selagi itulah ikatan cinta sesama insan tidak terputus. Cinta terhadap Allah, Rasul, Ibu bapa dan seumpamanya perlu dipraktikkan dalam kehidupan bukan sekadar bagi pasangan yang sedang dilanda cinta sahaja. Cinta seharusnya menjadikan seseorang itu hebat dan bukannya lemah ! Kehebatan cinta dapat dibina melalui :-


CINTA TERHADAP ALLAH SWT

  Cinta terhadap Allah SWT mengatasi segala-galanya. tidak ada ruginya mencintai Allah SWT kerana kita sudah pasti akan dicinati dan dapat ganjaran pahala di sisi-Nya. Mencintai Allah menjadikan seseorang itu sentiasa meningati Allah dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan laranganNya. Sebagai seorang remaja yang masih di alam persekolahan pembersihan jiwa sebegini akan memudahkan daya ingatan untuk mengingati pelajaran. Secara langsung melahirkan pelajar yang hebat dari sudut akhlak, pelajaran dan sebagainya dengan berpaksikan kecintaan terhadap Allah

CINTA TERHADAP NABI MUHAMMAD

Cintai Rasulullah SAW dengan menjadikan baginda uswah hasanah dalam kehidupan Rasulullah. merupakan contoh ikutan terbaik dalam seluruh aspek kehidupan. Sepanjang kehidupannya, Rasulullah merupakan anak, suami, bapa dan datuk yang cemerlang. Mencintaii Rasululllah SAW menjadikan seseorang itu hebat dalam segenap kehidupan terutamanya dari segi keunggulan akhlak. Ini dinyatakan  dengan jelas menerusi firman Allah SWT yang bermaksud " Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapakan keredhan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang.

CINTA IBU BAPA

Ibu bapa merupakan insan yang patut dicintai sepanjang hayat. Bermula daripada kedua-duanya kita dilahirkan ke dunia ini. Janganlah disebabkan kecintaan kita terhadap pasangan sama ada sebelum atau selepas berkahwin, menyebabkan berkurangnya kasih sayang kita terhadap ibu bapa tercinta.

CINTA TERHADAP PASANGAN

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, semarakkan cinta bagi memantapkan ikatan perkahwinan ke arah melahirkan keluarga bahagia. Kehebatan cinta yang dibina menjadi daya motivasi menghasilkan produktiviti kerja yang berkesan.

Bagi pasangan bercinta yang belum berkahwin jadikanlah ikatan kasih sayang tersebut motivasi bagai mencapai kecemerlangan yang lebih cemerlang dalam kehidupan.Perasaan cinta tersebut perlulah selari dengan tuntutan Islam dan pastikan tidak melanggar batas-batas agama. Tidak salah bercinta tetapi elakkan bercinta di usia muda. Bercinta ketika di alam persekolahan lebih banyak mengundang kekecewaan, penderitaan dan ada kalanya menjejaskan masa depan pelajar.Nafsu muda ada kalanya lebih banyak godaan dan ada kalanya mengundang kemasksiatan. Hayatilah firman Allah SWT bermaksud " Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keij dan satu jalan yang buruk,"

Bercintalah di saat diri benar-benar bersedia untuk berkahwin setelah memiliki kerjaya yang mantap, berkemampuan dari segi mental dan fizikal, bukannya sekadar cinta mainan. Binalah cinta yang hebat, sudah pasti bahagia di dunia dan akhirat.
Itulah dikatakan kehebatan cinta


Terima kasih kerana sudi membaca